1
DISEMBER 1999
ARKIB
: 01/12/1999
ABDUL
Jalil Rambli (kiri) melompat gembira apabila pasukannya berjaya menewaskan
Terengganu pada separuh akhir kedua Piala Malaysia, Sabtu lepas.
TIADA
siapa menaruh harapan tinggi kepada Abdul Jalil Rambli, ketika mula-mula
diumumkan sebagai jurulatih skuad Sarawak.
Beliau
lebih diingati sebagai seorang pemain veteran sejak zaman 'Ngap Sayot' Awang
Mahyan pada penghujung 80-an.
Jalil
juga dikenali sebagai pakar membaling bola masuk seumpama bermain bola tampar,
yang cukup berbisa dalam menyempurnakan taktik set-pieces di zaman Alan Vest.
Tetapi
jurulatih?
Kerana
itulah, kebanyakan pemerhati bola sepak tanah air dan para penyokong Bujang
Senang mengambil sikap tunggu dan lihat terhadap gerak langkah Jalil.
Menyedari
rumitnya tanggungjawab yang dipikul, Jalil mengambil pendirian sederhana.
Setiap
kali ditanya wartawan mengenai sasarannya bagi musim kali ini, beliau hanya
menjawab 'mengekalkan Sarawak di Perdana Satu dan layak ke Piala Malaysia.'
Jalil
sebenarnya, mewarisi daripada Alan Vest sebuah pasukan yang sedia kental
walaupun dikritik sesetengah pihak sebagai pasukan semakin meningkat usia.
Taktik
Vest yang lembap mengetengahkan pemain muda dijadikan batu sempadan oleh Jalil,
yang melakukan perubahan drastik menggilap generasi muda negeri itu.
Muncullah
pemain seperti Affendi Sugandi, Mohd. Safri Amit, Jeffry Lana yang telah
mencipta nama dalam skuad Olimpik 2000, Gilbert Cassidy Gawing dan Johnny
Joseph.
Walaupun
pembentukan pemain muda sepatutnya dilakukan lebih awal lagi, kehadiran mereka
pasti akan menjamin kesinambungan kekuatan Sarawak di dalam saingan Liga Piala
Malaysia di alaf akan datang.
Berikutan
keberaniannya menampilkan tenaga baru, Jalil menerima isyarat sokongan padu
para penyokong yang tenang mengikuti perkembangan pasukan.
Persembahan
Bujang Senang dalam kempen Liga Perdana Satu adalah sederhana kerana hanya
mencatat empat kemenangan, sembilan seri dan lima kalah untuk menduduki tempat
keenam dalam carta liga.
Saingan
Sarawak dalam Piala FA juga sederhana apabila hanya sampai ke peringkat suku
akhir walaupun cuma tewas tipis 1-0 kepada Kuala Lumpur.
Prestasi
yang tidak konsisten menjadi mainan Sarawak dalam saingan Piala Malaysia dengan
lima kemenangan, tiga seri dan dua kalah.
Sesetengah
pemerhati bola sepak menyifatkan kebangkitan Sarawak ketika menentang Pahang
adalah pembuka jalan kepadanya ke peringkat separuh akhir.
Tetapi
kesungguhan Sarawak mengekang Terengganu di Kuala Terengganu menafikan kritikan
pelbagai pihak bahawa kemasukannya dalam peringkat separuh akhir 'dibantu' oleh
Brunei.
Keputusan
berani Jalil menurunkan pemain muda, Affendi Sugandi membuahkan hasil lumayan
apabila pemain itu menjadi jurutera kepada gol pertama pasukan, yang disudahkan
oleh Bobby Pian.
Jalil
bukan saja mencipta sejarah sebagai jurulatih pertama Sarawak membawa pasukan
ke perlawanan akhir Piala Malaysia, malah menenggelamkan pencapaian Vest dan
Awang Mahyan selama ini yang pernah membawa Sarawak ke peringkat suku akhir
sebanyak lima kali.
Oleh:
JOHARDY IBRAHIM
SUMBER-Artikel
Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=1201&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_01.htm#ixzz4Si6Gffvh
©
Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan