Selasa, 13 Disember 2016

Pemain kekal

ARKIB : 06/12/1999
SARAWAK mungkin mengekalkan kesemua pemainnya sekarang walaupun gagal memenangi Piala Malaysia apabila tewas 1-2 kepada Brunei pada pertandingan akhir, kelmarin.

''Kebanyakan pemain akan dikekalkan kerana kami tidak melihat sebab mengapa mereka perlu digugurkan. Bagaimanapun keputusan muktamad akan dibuat selepas mesyuarat pengurusan skuad...mungkin dalam beberapa hari lagi,'' kata Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak Datuk Taha Ariffin pada majlis makan tengah malam bersama pemain dan penyokong, di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, kelmarin.

''Setiap pemain telah memainkan peranan masing-masing dan saya bangga dengan komitmen mereka, yang berjuang hingga ke akhir perlawanan, walaupun ketinggalan 1-2 kepada pasukan lawan,'' kata beliau.

''Kita kurang bernasib baik kerana tidak menang, tetapi pasukan kita tetap yang terbaik dalam kejohanan ini dan terdapat beribu penyokong yang menyaksikan bagaimana kita melayan pasukan lawan pada pertandingan akhir ini.

''Inilah bola sepak. Jika kita bijak mengambil kesempatan, kita akan akhiri perlawanan dengan kejayaan dan Brunei dapat melakukannya,'' kata Taha.
Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=1206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_03.htm#ixzz4SiZ0hKVv

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan