ARKIB : 15/04/1999
KEKALAHAN pertama yang dialami
musim ini mendorong skuad Sarawak lebih berhati-hati apabila berdepan musuhnya
Negeri Sembilan pada cabaran Liga Perdana Satu di Stadium Sarawak, Petra Jaya,
Sabtu ini, lapor ANUAR ARIFFIN.
Biarpun pasrah dengan keputusan
tersebut, namun pasukan yang bergelar Bujang Senang itu tetap berazam untuk
tidak membiarkan gawangnya dirobek sesuka hati seperti mana yang dilakukan oleh
pemain-pemain Kedah di Stadium Darul Aman tempoh hari.
Sesuai dengan kedatangan Maal
Hijrah 1420 pada 17 April ini, Sarawak mahu menjadikan hari permulaan dalam
kalendar Islam itu sebagai pencetus semangat untuk beraksi lebih konsisten dan
penuh keyakinan diri.
Justeru, kekalahan 0-4 kepada
skuad Kenari mengundang banyak pengajaran berguna kepada barisan pemain Bumi
Kenyalang untuk meningkatkan lagi daya juang dan memperkukuhkan jentera
pasukan.
Kelemahan di barisan hadapan
perlu diperbaiki bagi membolehkan tindakan penyudah dapat dilakukan dengan
berkesan. Begitu juga barisan pertahanan yang kelihatan agak longgar.
Jurulatih Bujang Senang, Abdul
Jalil Rambli tidak menolak hakikat tersebut dan berkata, dia kini sedang
berusaha gigih untuk mengatasi kelemahan itu.
Menurutnya, tempoh dua hari
menjelang pertemuan dengan skuad Rusa akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk
menangani masalah tersebut.
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0415&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_06.htm#ixzz4RUGzk5kP
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan