Isnin, 20 Mac 2017

Sarawak ikat skuad tetangga

ARKIB : 03/02/2002
Oleh: RADHUAN HUSSAIN
RIZAL Awang Jad menyelamatkan maruah Sarawak apabila jaringannya pada minit terakhir perlawanan membantu mengikat pasukan tetangga, Sabah 1-1 dalam aksi Liga Perdana Satu di Stadium Sarawak, Kuching, semalam.

Pasukan tuan rumah ketinggalan pada babak pertama menerusi jaringan penyerang import Sabah, Josiah Seaton minit ke-17 tetapi kesabaran Sarawak akhirnya berbalas dengan gol berharga Rizal untuk kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.

Bagaimanapun, Sarawak masih gagal mencari kemenangan pertama selepas tewas 2-1 kepada Pahang dalam saingan pembukaan Sabtu lalu.

Manakala Sabah turut tewas 2-1 kepada Pulau Pinang.

Seawal babak pertama menyaksikan pasukan tuan rumah lebih banyak mengawal permainan.

Kelibat dua pemain import Bujang Senang, P.J. Roberts yang mengemudi bahagian tengah dan Lamie Kaiwu memukau penyokong tuan rumah.

Sentuhan berbisa Roberts dan Kaiwu kerap mematikan pergerakan pasukan pelawat sehingga Sarawak mampu mencipta beberapa peluang yang untuk menghasilkan gol.

Wong Sai Kong hampir menceriakan penyokong tuan rumah seawal minit kedua perlawanan apabila membuat percubaan ke gawang Sabah setelah mendapat bola umpanan Kaiwu.

Bagaimanapun, bekas penjaga gol kebangsaan, Khairul Azman Mohamad cemerlang menyelamatkan gawangnya apabila mendakap bola kemas.

Bujang Senang terus mengasak Sabah dan giliran Ramos Sari menguji Khairul menerusi dua rembatan pada minit keempat dan enam namun dinafikan oleh penjaga gol veteran itu.

Selepas lima belas minit babak pertama, Sabah mula bangkit dengan gerakan kemas menggempur benteng lawan terutama menerusi penyerang importnya, Seaton.

Sarawak yang agak tertekan mula kehilangan punca sehinggalah minit ke-17, Teaton meletakkan pasukan pelawat di depan setelah bijak mengambil kesempatan daripada perangkap ofsaid Sarawak yang tidak menjadi.

SARAWAK: Asri Sanusi, Bobby Chua, Mohd Dahlan Matussin, Gapor Mohamad, Ibrahim Mentali (Ching Hong Aik), P.J. Robert, Ramos Sari (Zulkarnaien Mohd Poasa), Gilbert Cassidy Gawing, Wong Sai Kong, Lamie T. Kiawu (Rizal Awang Jad), Ramles Sari

SABAH: Khairul Azman Mohd, Burhan Ajui, Jelius Ating, K.Sanbagamaran, Madzalan Emoi, Reithaudin Embran, Richard Sibu, Rosdin Wasli, Shahril Arsat, Shahrin Abdul Majid, Josiah Seaton (Suharmin Yusuf)
Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0203&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4brdChydZ

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan