ARKIB : 02/04/2001
WALAUPUN mampu mencatatkan
kemenangan tipis 1-0 mengatasi Melaka dalam perlawanan bola sepak Perdana Satu
semalam, pasukan Sarawak gusar dengan tahap kecerdasan para pemainnya.
Pengurus pasukan Zaidi Khaldin
Zainie berkata kelemahan itu ternyata dalam perlawanan semalam dan ia perlu
diatasi.
``Saya perhatikan selepas bermain
20 hingga 30 minit, ada pemain keletihan dan gagal mempamerkan prestasi
sebenar...masalah ini akan diatasi segera,'' katanya kepada pemberita di
Kuching.
Menurut Zaidi, nasib menyebelahi
pasukannya yang berjaya memungut tiga mata penuh kerana Melaka menguasai
permainan pada babak-babak akhir dan menyerang bertubi-tubi.
Sarawak pula terpaksa bermain
dengan 10 orang pemain pada minit ke-78 apabila penjaring gol tunggal
perlawanan, G. Muthu meninggalkan padang kerana kecederaan.
Kehilangan Muthu tidak dapat
diganti kerana Sarawak telah menggunakan kuota pemain gantian.
Pemangku jurulatih Roslan Ismail
berkata akan berlaku perubahan dalam senarai pemain pada perlawanan akan datang
bagi menggantikan mereka yang cedera dan yang kurang menyengat. - Bernama
sumberArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0402&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_08.htm#ixzz4bZP0D0gm
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan