Jumaat, 17 Mac 2017

Sarawak atasi Perlis



ARKIB : 04/04/2001
SARAWAK menumpaskan Perlis 3-0 dalam perlawanan bola sepak Perdana Satu di Stadium Sarawak, Kuching semalam.

Pasukan pelawat bermula dengan aksi garang dan hampir mendahului seawal minit ketiga apabila percubaan Paidiya Rau, yang tidak dikawal, berjaya dikawal kemas oleh penjaga gol, Mazlan Wahed.

Sarawak segera bingkas dengan pemain antarabangsa, Bobby Pian menjaringkan gol pertama tuan rumah menerusi sepakan dari jarak dekat selepas menerima hantaran ketua pasukan Mohd. Ali Sapiee pada minit kelima.

Perlis berusaha mencari gol penyamaan tetapi pertahanan Sarawak nyata terlalu kukuh untuk ditembusi.

Pada babak kedua, tuan rumah melebarkan jurang gol menerusi penyerang, Halim Jantan pada minit ke-51 selepas menyambut sepakan sudut Ramos Sari.

Che Zambil Ahmad hampir mencatatkan namanya sebagai penjaring untuk Perlis pada minit ke-61 tetapi sekali lagi Mazlan bertindak cemerlang untuk menyelamatkan pintu golnya.

Halim meleburkan semangat juang Perlis apabila menjaringkan gol terakhir Sarawak dan keduanya pada minit ke-69 selepas menerima hantaran Gilbert Cassidy Gawing.

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0404&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_07.htm#ixzz4bZrJGvww
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan