ARKIB : 23/04/2007
KUCHING Sarawak terpaksa
melupakan seketika khidmat pemain veteran, Ramos Sari selepas pemain berusia 40
tahun itu diperintah keluar padang pada perlawanan yang berkesudahan Sarawak
menang 3-2 ke atas Sabah dalam saingan Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium
Sarawak, kelmarin.
Pengadil dari Angkatan Tentera,
Halim Abdul Hamid tidak teragak-agak melayangkan kad merah selepas Ramos
melakukan terjahan keras ke atas penyerang lawan, Mohd. Radzi Hussin, hanya
empat minit selepas Ramos masuk menggantikan Zambery Zainal.
Lebih malang, aksi Ramos
semalam merupakan yang pertama selepas dia terlepas beberapa perlawanan bersama
Sarawak sebelum ini berikutan tidak mendapat pelepasan daripada majikannya.
Ramos dipanggil memperkuatkan
skuad Sarawak yang berdepan prestasi suram apabila gagal mencatat sebarang
kemenangan dalam kempen Liga Super.
Kehadiran pemain yang penuh
berpengalaman itu berjaya menyuntik semangat pemain muda Sarawak.
Begitupun kemenangan semalam
tidak mengubah kedudukan Sarawak di tangga kedua tercorot Kumpulan C dengan
tujuh mata.
Kedah terus menerajui Kumpulan
C dengan 15 mata, diikuti Perak 13, Sabah 11 dan Polis lapan mata.
Begitupun insiden dilayangkan
kad merah pada minit ke-70 perlawanan semalam bakal merencatkan peluang Sarawak
dalam misi memburu slot ke suku akhir Piala Malaysia dengan cuma baki tiga
perlawanan.
Tanpa Ramos, Sarawak berdepan
misi sukar ke suku akhir apabila menentang Polis di tempat lawan Sabtu ini
sebelum menanti kunjungan Perak di tempat sendiri.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0423&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz4tXy0aCgA
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan