ARKIB : 01/06/2007
KUCHING Tiga pemain bola
sepak Sarawak yang dibebaskan dengan jaminan polis, semalam akan diketepikan
buat sementara waktu dari skuad itu.
Pengurus Sarawak, Razali Dolhan
berkata, mereka direhatkan untuk menenangkan fikiran.
Katanya, tiada gunanya menurunkan
pemain berkenaan yang kini mengalami tekanan perasaan susulan kes berkenaan.
Fikiran mereka masih
terganggu dan kita memberi peluang untuk mereka menenangkan fikiran, katanya
ketika dihubungi, semalam.
Jelasnya, keputusan itu
merupakan pandangan peribadinya kerana pihak tertinggi pengurusan masih belum
memutuskan kedudukan mereka.
Tambah Razali, ketiadaan pemain
terbabit memang satu kerugian buat Sarawak untuk mengharungi baki perlawanan
Liga Super.
Kita mahu berlaku adil
terhadap mereka. Tiada gunanya menurunkan pemain yang tidak bersedia untuk
beraksi, ujarnya.
Jelas beliau, dia tidak
menetapkan sebarang tempoh rehat bagi pemain-pemain terbabit.
Dalam pada itu, Razali
menafikan laporan penjaga gol pasukan itu turut ditahan kerana positif
mengambil dadah kelmarin.
Jelasnya, penjaga gol yang
dimaksudkan masih berada dalam pasukan walaupun laporan menyebut dia (penjaga
gol) turut ditahan.
Kelmarin, Pesuruhjaya Polis
Sarawak, Datuk Talib Jamal berkata, empat pemain Sarawak berusia antara 23 dan
30 tahun ditahan dalam dua serbuan berasingan oleh pegawai Jabatan Siasatan
Jenayah Narkotik negeri.
Dua daripada pemain terbabit
merupakan pemain tempatan manakala dua lagi masing-masing berasal dari Selangor
dan Kelantan.
Bagaimanapun, hanya tiga
daripada pemain terbabit direman selepas polis menemui dadah jenis ganja dan
syabu di kediaman mereka.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0601&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4u86Hy8Dq
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan